AppleRyeaaVoice D'AppleRyeaaVoice: 2012

Saturday, December 8, 2012

selamat tinggal dunia biru...

cepatnya masa berlalu....... ><
tak sangka dulu time first masa melangkah ke dunia nursing masih terkaku
masih mncari2 apakah ni pilihan aku ??
sekarang tup tup... aku dh melepasi 2 tahun pertama..
yang tinggal tahun "merah"  tahun terakhir...
hohohoho...
alhamdulilah dari hari pertama hingga skrg aku masih mampu bertahan..
masih mampu untuk melangkah dialam nursing yg sgt mencabar...
dunia nursing seyesly sgt2 mncabar, hanya yang mampu dapat kekal...

dan sekarang .. selamat tggl dunia biru setelah sthun bersama .. kini selamat datang dunia merah..uhukk.
saya dah seniorrrrrrrrrr... lalllaalallala.. makin nak berakhir , makin kuat bebanan kerja nanti..
uhuk. berdebar nak masuk tahun akhir.... moga2 berjaya dgn jayanya




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday, December 7, 2012

melepas gian makan durian~

haha.. smeangat masing2 nak makan duriannnn!!!
nasib baik ada yg baik hati yang nak membawa ke dusun !
pengalaman yang best dapat bersama2 kwan2 gy dusun , makan , lepak2 smbil ketwa riang dgn kwn2..
sedetik sebelum meninggalkan tahun 2012.. weee... memori yang indah walaupun sekejap !!!

 hahhah muka2 smgt dapat gy dusun.. maklumlah ramai yg org bndar..jrg benar2 dapt tgok suasana kg...

 ni dia... boboii kuu sygg... haahah ingtkan apalah boboi itu first2..rupernya simonyet comel.. monyet yg pntg dicabar ....

uhukkk.................. ni dia.... jommm makan........ yum yummmmm


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday, November 11, 2012


Ku renung pada langit yang kebiruan.. Subhanallah.. Indahnya ciptaan-MU ya Allah.. Layakkah insan seperti aku ini berjalan dengan penuh megah? Sedangkan aku ini hanya berasal daripada setitis air mani yang hina.

Ya Allah, terlalu banyak dosa yang aku lakukan sehingga tidak terhitung olehku. Aku alpa ya Allah.. Aku lupa bahawa aku ini hanya insan yang lemah. Tanpa sebarang kekuatan, dan jika Engkau tiada untuk membantu, apalah dayaku.. Namun, seringkali aku berbuat kemungkaran tanpa menghitung pahala dan dosa.

Ya Allah, aku merasa beratnya beban yang ditanggung ini. Sepatutnya aku menjadi pendokong dalam meneruskan dakwah islam, namun aku sendiri menghancurkan diri sendiri. Aku malu ya Allah.. Malu padaMu dan malu pada semua yang memandang tinggi kepadaku.

Ya Allah, bantulah aku. Bantulah hambamu ini untuk berhijrah ke arah kebaikan. Bantulah aku untuk menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang islam. Bantulah aku ya Rahman. Mungkinkah suatu hari nanti, dengan kasih sayangMu, aku dapat meninggalkan dosa-dosa yang aku lakukan kini? Dengan rahmat dan kasihan belasMu, aku dapat melaksanakan tanggungjawab ku kepadaMu? Mungkinkah, sedangkan aku selalu membelakangkanMu?

Ku akui, amat susah untuk meninggalkan perkara yang sudah menjadi tabiat. Maksiat itu seakan sebati dengan diriku. Saat aku melakukannya, tiada rasa dosa dan bersalah di dalam diriku. Meskipun ia suatu kemungkaran, kerana sudah terbiasa.., ku fikirkan banyak lagi masa untuk bertaubat.

Hakikatnya aku sedar ya Allah... Hari demi hari umurku semakin berkurang.. dan berkurang.. sehinggakan pada suatu masa nanti.. sudah tidak mampu lagi untuk bertaubat kerana kesakitan menghadapi sakaratul maut. Dan mungkin juga tiada sempat untuk aku bertaubat lantaran nyawaku ini hanyalah satu pinjaman. Bila-bila sahaja Engkau akan mengambilnya tanpa ku duga.

Mungkinkah pada waktu itu baru aku hendak menyesal? Sedangkan peluang dan masa ku tiada lagi untukku. Aku tidak mahu ya Allah.. Sungguh aku tidak mampu menanggung seksa azab-MU kerana sakit yang kualami kini pun sudah tidak tertanggung sakitnya. Ini baru ujian di dunia. Apakah di akhirat nanti ku akan menerima azab yang lebih peritnya?

Ya Allah.. Ampunkanlah aku. Hapuskanlah dosa-dosa yang telah ku lakukan selama ini dan terima kasih ya Allah, kerana dugaan yang Engkau timpakan padaku inilah akhirnya yang mengingatkan diriku kembali,  betapa kerdilnya diri ini.

kredit to  :iluvislam

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

WS? my old friend

haip!!
hari ni nak promote sikit pasal seorang penulis muda yang bakal mengeluarkan novel dia tahun depan :)
dia ni salah seorang yang paling lama bersama saya dialam penulisan bersama2 siiera cute..
perkenalan kitaorang buka sahaj dialam maya , skrg dah jadi sahabat dunia nyata :) disember bukan sekadar kenangan tapi memori yang terindah ~! :0 eh..stop sal nie..

     


watak : Misha Zafrina. Ahmad Shakir. Amirul Hazim. Fiqroul Ashaari. Sheikh Muhammad Hadif


jom kita preview LEBIH LANJUT TTG novel AJARKAN AKU SUBJEK CINTA karya WAZRUL SHAH DI 

blog wazrul shah  untuk lebih byk karya2 WS :)



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday, June 8, 2012

pernah tak kita lalui,persahabatan dan cinta?

   Jangan hancurkan persahabatan hanya kerana ingin mendapatkan seorang kekasih. Kekasih mungkin hanya akan membuat kita bahagia 'sesaat'.~

~pernah tak kita lalui semua ni? sejujurnya aku dah alami semua ni .... pahit dalma bercinta. sakitnya ditikam oleh kawan yg telah dianggap sebagai pendamping hanya kerana cinta!


kat bawah ni ada sedikit pengkongsian kata2 buat yang membaca :)
 renung2kanlah erkkkk ^^

Tanpa Cinta, Persahabatan mungkin akan diisi dengan Kecewa, Benci, Marah dan berbagai hal yang membuat Persahabatan tidak lagi indah. Berhentilah membuat batas antara Cinta dan Persahabatan, biarkan mereka tetap menjadi Teman baik.

Yang harus
dibetulkan adalah Cinta bukanlah perosak Persahabatan, justeru Cinta memperindah persahabatan anda. Seringkali Cinta cuma dijadikan kambing hitam sebagai perosak sebuah persahabatan. SALAH BESAR !!!... seharusnya dengan adanya Cinta, Persahabatan akan semakin menyenangkan.

Bagi yang sedang menjalin Persahabatan... penuhilah Persahabatanmu dengan Cinta, berikanlah Cinta yang terbaik untuk sahabatmu

Bagi yang sedang mengalami kekecohan dalam Persahabatan... jangan salahkan Cinta ! tetapi cubalah perbaiki Persahabatanmu dengan Cinta, karena Cinta akan menutupi segala kesalahan, mengampuni dengan mudah dan membuat segala sesuatu yang tidak mungkin menjadi mungkin.

Bagi yang belum mengerti erti Persahabatan ... cubalah memulai sebuah Persahabatan, kerana dengan Persahabatan kamu semua akan semakin dewasa, tidak ego dan belajar untuk mengerti, bahwa segala sesuatu tidak selalu terjadi mengikut keinginan kita.

Bagi yang sedang kecewa dengan Persahabatan ... renungkanlah, "Apakah saya sudah menjalani Persahabatan dengan benar?" dan cubalah memahami erti Persahabatan buat hidupmu. Keinginan, semangat, pengertian, kedewasaan, kelemah lembutan dan segala hal yang baik akan engkau temui dalam Persahabatan...
 

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday, June 6, 2012

Kenapa wanita itu istimewa


Kenapa?
 wanita itu unik.
kenapa?
 
Allah ciptakan ia sebagai makhluk istimewa,
 
KERANA
Allah kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya,
Allah lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman,
Allah kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia,
Allah teguhkan peribadinya untuk terus berjuang saat  yang lain menyerah,
Allah beri dia naluri untuk mencintai anak-anak dalam keadaan apapun,
Allah kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi  walau dikhianati oleh teman, walau disakiti oleh orang-orang yang disayangi
 
:))

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen